Masalah definisi Filem_noir

Apa yang mendefinisikan dan mengkategorikan filem noir masih menimbulkan perdebatan. "Perkara-perkara akan menjadi terlalu ringkas sekiranya kita memanggil filem noir sebagai angan-angan, pelik, erotik, konflik perasaan atau kepercayaan terhadap sesuatu objek dan kejam [...]" - ciri-ciri tersebut merupakan percubaan pertama dalam banyak-banyak percubaan yang lain untuk mendefinisikan filem noir yang dibuat oleh pengkritik Perancis, Raymond Borde dan Etienne Chaumeton di dalam buku mereka yang bertajuk "A Panorama of American Film Noir 1941–1953" (1955). Ia merupakan kerja asal dan susulan mengenai subjek tersebut. Mereka menekankan bahawa bukan semua filem noir mempunyai kelima-lima unsur tersebut dalam sukatan yang sama - satu filem itu mungkin lebih kepada angan-angan manakala satu filem yang lain mungkin lebih kepada kekejaman. Amaran dan usaha mereka yang berulang dalam membina definisi alternatif telah digema dalam bidang sarjana yang berikut: sejak 50 dekad ini, terdapat banyak percubaan untuk mendefinisikannya, akan tetapi dalam kata-kata Mark Bould, filem noir kekal sebagai "fenomena yang sukar difahami [...] sering sukar digarap".

Walaupun filem noir sering dikenalpasti dengan satu gaya visual yang tidak konvensional dalam konteks Hollywood, di mana ia menekankan penggunaan lampu yang suram dan komposisi-komposisi yang tidak seimbang, filem-filem yang biasanya dikenali sebagai noir mempamerkan pelbagai pendekatan visual, termasuklah gaya yang diterima baik dalam arus perdana Hollywood.Filem noir juga merangkumi pelbagai genre, daripada filem gangster hingga drama jenayah polis hingga romantis gothik hinggalah ke filem masalah sosial - sebarang contoh filem dari tahun 1940-an hingga 1950-an, yang kini dilihat sebagai zaman era klasik noir, adalah berkemungkinan lebih dikenali sebagai filem melodrama pada masa itu.

Walaupun kebanyakan pengkritik merujuk filem noir sebagai genre filem yang tersendiri, sesetengah pihak yang lain tidak bersetuju dengannya,; bahawa ia bukanlah seperti itu. Walaupun filem noir sering berlatarkan suasana bandar, banyak filem klasik noir juga mengambil tempat di pekan, luar bandar, kawasan pendalaman atau atas jalanan. Maka, ini tidak boleh menjadi penentu genrenya, begitu juga dengan latar kebaratan. Selain itu, penggunaan karakter penyiasat persendirian dan wanita penggoda yang merbahaya yang sering dikaitkan secara konvensional dengan filem noir juga tidak terdapat dalam kebanyakan filem noir. Jadi, ia tidak mempunyai asas penggunaan karakter seperti yang di dalam filem gangster juga. Filem noir turut tidak bergantung kepada penggunaan raksasa dan elemen alam ghaib dari filem seram, lompatan spekulatif filem sains fiksyen atau lagu-dan-tari dari filem muzikal.

Satu kes yang serupa ialah komedi Screwball, yang diterima luas oleh sejarawan filem sebagai satu genre filem: screwball tidak didefinisikan oleh satu ciri asas, tetapi oleh satu ciri dalaman awam dan satu kumpulan elemen - sesetengah tetapi jarang dan mungkin bukan semua - yang dijumpai di dalam setiap genre filem. Walaubagaimana pun, disebabkan kepelbagaian elemen noir (yang lebih banyak dari komedi screwball), sesetengah sarjana dalam bidang filem seperti sejarawan filem Thomas Schatz tidak menganggapnya sebagai satu genre tetapi sebagai satu "gaya". Alain Silver, seorang pengkritik filem noir Amerika yang paling banyak diterbitkan merujuk filem noir sebagai satu "kitaran" dan satu "fenomena", walaupun dia berhujah seperti sesetengah genre-genre - sebuah kod visual dan tema yang konsisten. Pengkritik lain menganggap filem noir sebagai satu "mood", mengkategorikan ia sebagai satu siri atau secara mudahnya memilih satu set filem yang dianggap mereka sebagai mempunyai kriteria awam noir. Ia tidak mempunyai sebarang kesimpulan.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Filem_noir http://alainsilver.110mb.com/noir/noirint.htm http://alainsilver.110mb.com/noirkmd/noirkmd1.htm http://www.crimeculture.com/Contents/Articles-Summ... http://articles.latimes.com/2008/jan/27/entertainm... http://movies.nytimes.com/2004/09/17/movies/17GHOS... http://movies.nytimes.com/movie/review?_r=1&res=9C... http://movies.nytimes.com/movie/review?_r=2&res=98... http://movies.nytimes.com/movie/review?res=9B05E3D... http://www.variety.com/review/VE1117792354.html?ca... http://www.variety.com/review/VE1117795252.html?ca...